Sunday, May 9, 2010

Khabar gembira dari Ramadhan & Khadijah

Assalamualaikum....wbk

Lama tidak menjengah ke blog sendiri apatah lagi menulis posting baru. Alasan sibuk mungkin tak relevan lagi, namun itulah alasan yang membelengu saya ketika ini.

Jarang sekali mahu membuka laptop di rumah untuk menulis blog, melainkan mengupload story. Lebih dari tu memang tidak ada.

"Abi ni asyik keje, keje, keje...kat ofis keje kat umah pun keje.

"Dah la balik lewat, pegi keje awal," keluh Isteri yang sering melihat saya dengan keje saya.

Leteran sebegitu sudah biasa bagi saya...namun saya tahu, itu tanda dia memahami saya..cuma kadang-kadang kurang masa untuk bersama keluarga.

Ye la..biarpun jasad dan fizikal ada di rumah, tapi fikiran saya seolah-olah masih di pejabat.

"Umi ni...Abi nak buat camner lagi, ni kan keje abi.

"Abi kan keje Harakahdaily, xde deadline macam Harakah Print, so kena la cepat-cepat wat story," jawab saya menjelaskan keadaan.

Saya berdepan dengan puluhan ribu pembaca di luar sana yang mahu melihat Harakahdaily antara yang terawal melapor berita. Kelambatan menyiarkan berita menyebabkan kami digelar Harakahdelay

Saya tidak marahkan mereka, itu sesuatu yang wajar untuk saya akui. Namun itu bukan sengaja kerana kami hanya bertiga bertugas mengUpload berita...

Emm.......sudah la cerita Harakahdaily. Sekadar intro menjelaskan kenapa blog ini sepi.



Sabtu, 8 Mei lalu sekali lagi keluarga Imatch mengadakan pertemuan. Kali ini ukhwah ditautkan menerusi perlawanan bowling.

Boleh tahan ramai juga yang datang. Namun disebalik itu, saya mendengar khabar gembira dari pasangan Ustaz Ramadhan dan Khadijah.



Alhamdulillah...semoga terus diberi kegembiraan oleh Allah swt. Saya yakin semua warga Imatch sedang menunggu khabar gembira tersebut.

Tidak sesuai untuk saya menceritakannya, melainkan mereka berdua sendiri.

Apapun tahniah buat Ramadhan dan Khadijah.

Thursday, May 6, 2010

Moon light


Surah 41 Al-Fushshilat (yang dijelaskan) ayat 37 :

"Dan sebahagian dari tanda-tanda kekuasaannya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan janganlah pula kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu hanya kepadanya saja menyembah."

Gambar diambil pada 22 April 2010 bertempat di perkarangan Masjid Negeri Selangor, Shah Alam jam 10.15 pm.

Koleksi gambar Flickr saya, KLIK DI SINI